Tuesday, December 22, 2009

Pertandingan Kecantikan & Kesenian Ayam Serama Mingguan 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman peminat serama semua,untuk pertama kalinya group GPSK dan SA akan menganjurkan pertandingan ayam kecantikan dan kesenian ayam serama secara mingguan bermula pada 9 Jan 2010 akan datang.Acara mingguan ini bertujuan untuk menarik ramai lagi peminat ayam serama di Selangor/KL,namun iany juga terbuka untuk sesiap shj yang ingin menyertai...tak lah tunggu bon besar je baru nak gie tanding.Pertandingan mingguan ini juga membolehkan peminat dapat "test" ayam mereka terutama sahabat2/peminat baru dalam serama ini.
Disamping itu juga,pengadilan untuk bon kecil hujung minggu ini akan diadili oleh pengadil GPSK sendiri...amatur lah katakan.Namun objektifnya besar,ini kerana selama ini KL/Melaka/N9 dll byk bergantung kepada pengadil dari Kelantan dan Terengganu shj.Justeru GPSK dan SA telah sepakat bahawa tibalah masanya sebelah pantai barat semenanjung ini mempunya pasukan pengadil sendiri dalam mengelolai pertandingan ayam serama.Walaupun kemungkinan pada peringkat awal byk masalah akan timbul namun pasti objektif untuk mengadakan satu pasukan pengadil akan tercapai.GPSK dan SA juga akan minta kerjasama daripada Persatuan Pengadil Perkasa (Abg De & Pok Nik) dalam membimbing pengadil2 GPSK ini.Skima pemarkahan juga menggunakan skima dari Perkasa sendiri.
Justeru untuk itu,GPSK dan SA berharap sgt supaya peminat2 serama di sebelah pantai barat M'sia khasnya dan seluruh Malaysia amnya dpt memberi sokongan dan galakan supaya objektif mengadakan satu pasukan pengadil untuk N9/Melaka/K.Lumpur& Selangor dapat tercapai..insyaallah...

seramadeampang..

No comments:

Post a Comment