Tuesday, December 22, 2009

Pertandingan Kecantikan & Kesenian Ayam Serama Mingguan 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman peminat serama semua,untuk pertama kalinya group GPSK dan SA akan menganjurkan pertandingan ayam kecantikan dan kesenian ayam serama secara mingguan bermula pada 9 Jan 2010 akan datang.Acara mingguan ini bertujuan untuk menarik ramai lagi peminat ayam serama di Selangor/KL,namun iany juga terbuka untuk sesiap shj yang ingin menyertai...tak lah tunggu bon besar je baru nak gie tanding.Pertandingan mingguan ini juga membolehkan peminat dapat "test" ayam mereka terutama sahabat2/peminat baru dalam serama ini.
Disamping itu juga,pengadilan untuk bon kecil hujung minggu ini akan diadili oleh pengadil GPSK sendiri...amatur lah katakan.Namun objektifnya besar,ini kerana selama ini KL/Melaka/N9 dll byk bergantung kepada pengadil dari Kelantan dan Terengganu shj.Justeru GPSK dan SA telah sepakat bahawa tibalah masanya sebelah pantai barat semenanjung ini mempunya pasukan pengadil sendiri dalam mengelolai pertandingan ayam serama.Walaupun kemungkinan pada peringkat awal byk masalah akan timbul namun pasti objektif untuk mengadakan satu pasukan pengadil akan tercapai.GPSK dan SA juga akan minta kerjasama daripada Persatuan Pengadil Perkasa (Abg De & Pok Nik) dalam membimbing pengadil2 GPSK ini.Skima pemarkahan juga menggunakan skima dari Perkasa sendiri.
Justeru untuk itu,GPSK dan SA berharap sgt supaya peminat2 serama di sebelah pantai barat M'sia khasnya dan seluruh Malaysia amnya dpt memberi sokongan dan galakan supaya objektif mengadakan satu pasukan pengadil untuk N9/Melaka/K.Lumpur& Selangor dapat tercapai..insyaallah...

seramadeampang..

Monday, December 21, 2009

Raja Keramat (Remaja) Naib Johan 19 Dis 2009

Raja Keramat..itulah nama yang telahpun SA registerkan dalam Pendaftaran di reban SA.raja Keramat merupakan serama remaja baru yang telahpun menghuni reban SA sekarang ini.Tak dapat SA nafikan dan ingin SA katakan Raja Keramat merupakan serama dalam pembikinan sebagai Juara satu hari nanti ...insyallah.Gaya ,tarikan kepala/leher dan pacakan sayap Raja Keramat ini sangat hebat terutama bila beraksi diatas meja pertandingan.



Untuk itu pada 19 Dis 2009 yang lepas di Titiwangsa ,Raja Keramat telahpun membuat kemunculan pertama setelah menghuni reban SA.Kemunculan Raja Keramat ini telahpun membuatkan peminat yang hadir ketika itu terpesona dgn aksi lincah dan gaya yang tersendiri...tapi seperti yang SA katakan ianya masih dalam pembikinan ia telah mendapat naib Johan kerana kalah pada sektor ekor yang sedang tumbuh.Gaya yang diperolehi maksimum 13.5 untuk remaja.Bagaikan helang bila beraksi.....insyallah lepas ini jika siap sepenuhnya Raja Keramat akan membuat kemunculan kedua di Kota Bharu,Kelantan dan Kedah pada 26 hb Disember ini...Untuk itu SA sertakan image terkini RAJA KERAMAT!!!!!!!!!!!


serama de ampang..

Black Marine(Muda) -Johan Muda Di Kedah 5 Dis 2009


Assalammualaikum dan salam sejahtera,
huhuhu...maap bebanyak semua.Lama sungguh SA tidak mencoret dalam blog nie.Sibuk sesangat samapat tak dan nak tgk blog.Tapi hari ini rasa senang sikit bolehlah kiranya mencoret.Alhamdullilah Sekali lagi Black Marine SA mendapat Johan Kategori Muda di Kedah pada 5 Disember 2009 yang lepas.Tapi ape kan daya Botb tidak digondol sekali...kalau tak senyum sampai ketelinga SA pulang...ceh wah..Sayang sngt SA pada Black Marine ini.Satu-satunya serama yang terbaik buat masa ini di reban SA...alhamdullillah syukur..Untuk makluman semua masa sekarang ini sgt SA cemburi kerana tidak lama lagi SA akan meninggalkan arena serama untuk seketika...ishh.ishhh sedih rasanya..Demi karier dan masa depan SA terpaksa untuk seketika...SA akan ke oversea tidak lama lagi....ish..ish

Seramadeampang....