Sunday, July 19, 2009

BOTB Dungun - 18 Julai 2009

SA ingin mengucapakan tahniah kepada En Nusi dan adiknya En Mat dari Dungun dengan kejayaan memenangi BOTB pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Serama Dungun tempoh hari.Gaya,kesenian dan aksi yang diperagakan oleh BOTB tersebut sungguh mempersona dan memukau semasa beraksi diatas meja.Dengan BOTB ini ,En Nusi dan adiknya En Mat telahpun berjaya menepis gosip2 sebelum ini mengatakan Juara Kenyir tidak "sihat".GAYA LAWAN MEJA memang layak diberikan kepada BOTB ini.Disini SA sertakan video BOTB tersebut untuk tatapan peminat semua.
video

Pertandingan Di Dungun 18 Julai 2009.

Pada 18 Julai 2009 yang lepas SA dan beberapa org member telahpun bersama-sama turun ke Dungun bag menyertai pertandingan Kecantikan dan Keseniaan Ayam Serama yang dianjurkan Kelab Serama Dungun.Di pertandingan itu ramai juga otai2 serama yang turun bagi memeriahkan lagi pertandingan dan memberi sokongan kepada Kelab Serama Dungun membuat pertandingan.Difahamkan lebih kurang 2++ penyertaan keseluruhan ayam yang menyertai pertandingan tersebut.TAHNIAH!!!! Kelab serama Dungun.SA harap Kelab Serama Dungun akan lebih kerap lagi menganjurkan pertandingan disana.Insyaallah.
Selain itu,alhamdullilah SA memperolehi kejayaan dengan mengondol tempat ketiga dan ketujuh kategori serama Muda dan juga tempat ketiga kategori Serama anak A hasil dari reban SERAMA DE AMPANG.syukur alhamdullilah.Dengan kejayaan ini SA akan terus berusaha untuk menghasilkan lebih banyak produk yang berkualiti lagi supaya dapat memeriahkan lagi dunia serama.Dikesempatan ini SA ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kejayaan ini terutama kepada En Mat Forest,En Yusri King dan En Rahman dari Melaka yang selama ini tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan dalam proses "bred" yang dijalan di reban SERAMA DE AMPANG.

Ikhlas dari SERAMA DE AMPANG.