Wednesday, January 20, 2010

Penundaan Tarikh Kursus Pengadilan,Kecantikan Dan Kesenian Ayam Serama 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman semua,kursus seperti yang telah dinyatakan akan ditunda kepada 27 & 28 Feb 2010 .
Penundaan ini terpaksa dilakukan setelah mendengar maklum balas daripada semua peminat serama yang ingin menyertai kursus terbabit.
Sebab penundaan:
1. Pada 6 Feb 2010 dikhabarkan ada pertandingan besar di Utara tanah air(Sg Petani,Kedah).
2. Pada 13 Feb 2010 juga dikhabarkan ada pertandingan di Kelantan.

Oleh itu bagi memberi sokongan keatas pertandingan yang bakal diadakan penundaan kursus ini terpaksa dilakukan.Tarikh tutup penyertaan kursus juga dilanjutkan kepada 29 Jan 2010.sebelum 12 tghari.

sekian,dimaklumkan.

SeramDeAmpang...

Sunday, January 17, 2010

Pertandingan Mingguan 24 Jan 2010 ( bil:2/2010)

Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Di Jemput kepada semua peminat2 ayam serama di Kuala Lumpur,Selangor,N9,Johor,Kedah,Perlis,Penang khasnya dan seluruh Malaysia amnya ke Pertandingan Kecantikan Dan Kesenian Ayam Serama Mingguan 2010 (bil 2/2010) seperti dibawah:
Anjuran : GPSK Dan Serama Corporation Sdn Bhd.
Tarikh : 24 Jan 2010 (Ahad).
Tempat : Food Court Ampang WaterFront. Ampang
Masa : 0900hrs-selesai ( 0900hrs -pengadilan bermula)
Pengadil : GPSK & Perkasa
Hadiah : 1st - saguhati (30% penyertaan)wang Tunai.
Sebarang masalah ataupun sesat nanti....he.hee
sila hubungi
Hairy 013-3949704
Adham 0123434979
Wan Semenyih 012-9048264
Mie arab 012-2796260
Abg Soib 019-2859869
Mohd Shanaz 019-2079882(serama corporation)
SeramaDeAmpang....hairy KL

Wednesday, January 13, 2010

Kursus Pengadilan,Kecantikan & Kesenian Ayam Serama pada 6 - 7 Feb 2010 Anjuran SA & GPSK

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Buat pertama kalinya dalam sejarah,ingin dimaklumkan bahawa "Kursus Pengadilan,Kecantikan & Kesenian Ayam Serama Tahun 2010"akan diadakan seperti berikut:

Penganjur : SeramaDeAmpang (SA) dan GPSK
Tarikh: 6 - 7 Februari 2010 (sabtu & Ahad)
Tempat : Hotel Seri Malaysia ,Port Dickson,N9

Fasilitator : Pengadil Dari Kelantan.

Maklumat kursus adalah seperti berikut:

Bayaran : Peserta Kursus shj RM80.00
Bagi yang ingin membawa keluarga (anak) bercuti....boleh berbincang dgn urussetia utk booking penginapan.

Bayaran Kursus meliputi :
1. Bilik penginapan
2. Makan & Minum 6x
- minum ringan petang,makan malam,minum ringan malam.
- sarapan pagi,minum ringan pagi,makan tengahari.
3. Ujian & Pensijilan (bergantung kepada Fasilitator yang dijemput).

Untuk itu SA ingin buka penyertaan kepada semua peminat-peminat ayam serama seluruh Malaysia bagi menghadiri kursus pengadilan,kecantikan & kesenian ayam serama bagi tahun 2010 yang akan diadakan seperti yang telah dinyatakan.

Sebarang pertanyaan dan penyertaan bolehlah menghubungi SA(hairy 013-3949704) rahman Melaka (012-3874898)Wan Semenyih (012-9048264) Adham (012-3434979) dan Azahari pcg (019-2677862) .Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Jan 2010 sebelum 12 tghari.

Maksimum peserta 30 - 35 org shj(Tertakluk siapa mendaftar dahulu).

p/s: Berdekatan dgn pantai PD dan ada Kolam Renang untuk bersantai...hee.hee

sekian.

SeramaDeAmpang..

Tuesday, January 12, 2010

Gambar-gambar Pertandingan Mingguan 9 Jan 2010 ( bil: 1/2010)

Salam...
Haaa..haaa..ini antara sempat dirakamkan..kalau nak tgk lagi sila layari












Peserta Juara Antara Juara...

Penundaan Pertandingan Mingguan (bil 2/2010)

Salam sejahtera,
Adalah dimaklumkan penundaan pertandingan mingguan (bil 2/2010) yang dijangka pada 30 Jan 2010 terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.Ini kerana GPSK dan SA telahpun sepakat membuat keputusan untuk memberi laluan kepada Pers.Terengganu untuk membuat pertandingan pada tarikh tersebut.Dengar cerita bon besar.
Oleh itu diharap peminat2 di KL dan Selangor,N9,Johor,Perak,Kedah,Penang & Perlis dapatlah bersama-sama menyertai pertandingan tersebut demi menyokong pertandingan yang Pers.Terengganu adakan.

sekian,
SA.....

Monday, January 11, 2010

Pertandingan Mingguan 2010

Salam sejahtera,
Fuhhhh..lega rasanya buat pertama kalinya pertandingan mingguan telahpun berjaya diadakan pada 9 Jan 2010.Alhamdullilah sebanyak 80 penyertaan diterima oleh GPSK dalam pertandingan tersebut.SA berasa sungguh gembira dgn sambutan yang diterima dan ini membuatkan SA dan group GPSK bersemangat dalam mengadakan terus pertandingan mingguan ini.Walaupun ada serba sedikit kekurangan ,tetapi input yang SA dan GPSK terima akan cuba diperbaiki untuk pertandingan mingguan yang akan dtg.......
Titik2 transformasi telahpun menampakkan arahnya.SA yakin dgn kerjasama dan sokongan daripada sahabat/peminat semua,objektif transformasi akan tercapai dgn jayanya dalam masa yang singkat ....insyaallah.Untuk makluman semua,objektif utama transformasi ini adalah:
  • untuk mewujudkan satu pasukan pengadil yang profesional bagi mengadili pertandingan-pertandingan yang akan diadakan disekitar lembah Klang khasnya dan pantai barat semenanjung amnya.
  • mengalakkan dan menaikkan semula "aura" serama di Malaysia.Tidak tertumpu peminat sedia ada tetapi sebaliknya menarik lebih ramai lagi peminat2 baru ke arena serama.

Untuk itu,SA dgn ini mengumumkan satu lagi pertandingan mingguan seterusnya akan diadakan pada 30 Jan 2010 dan lokasi pertandingan akan diberitahu kemudian,sbb nak ubah lokasi (tempat yang lebih selesa dan mesra peminat).Pertandingan juga akan diadili oleh seorang pengadil "PROFESIONAL" dan seorang amatur dari GPSK........baru nak dapat sijil katakan..ha.haa..

Akhir kata,SA berharap peminat2 semua terus memberikan galakan dan sokongan supaya pertandingan mingguan ini akan terus diadakan dan mencapai objektif transformasi yang diingini...insyaallah....HIDUP SERAMA!!!!!

seramaDeampang........

Wednesday, January 6, 2010

Anak B-Nuklear bengkel


Salam,

Ini adalah Nuklear Bengkel yang bakal mengegarkan bon kecik..hee.hee.kalau ada rezeki ke peringkat dunia serama 2010 laaa...gaya pacak gebas..lonjak mendada bertubi2 diatas meja....kalau buat keje kalau tak...mcm kapal layar....tak ada layar...ha.haa

Pertandingan Kecantikan Dan Kesenian Ayam Serama Mingguan 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Di Jemput kepada semua peminat2 ayam serama di Kuala Lumpur,Selangor,N9,Johor,Kedah,Perlis,Penang khasnya dan seluruh Malaysia amnya ke Pertandingan Kecantikan Dan Kesenian Ayam Serama Mingguan 2010 seperti dibawah:

Anjuran : GPSK
Tarikh : 09 Jan 2010 (Sabtu)
Tempat : Belakang Stesen LRT Putra Setiawangsa(Ada Bengkel)
Masa : 0900hrs-selesai ( 0900hrs -pengadilan bermula)
Pengadil : GPSK ( Amatur)
Hadiah : 1st - saguhati (30% penyertaan)wang Tunai.

Cabutan Bertuah:Barangan Elektrik

Sebarang masalah ataupun sesat nanti....he.hee sila hubungi SA 013-3949704 / Lebai 012-3960620/Adham 0123434979 / Wan Semenyih 012-9048264 / Mie arab 012-2796260 / Abg Soib 019-2859869

SeramaDeAmpang....hairy KL