Sunday, July 19, 2009

BOTB Dungun - 18 Julai 2009

SA ingin mengucapakan tahniah kepada En Nusi dan adiknya En Mat dari Dungun dengan kejayaan memenangi BOTB pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Serama Dungun tempoh hari.Gaya,kesenian dan aksi yang diperagakan oleh BOTB tersebut sungguh mempersona dan memukau semasa beraksi diatas meja.Dengan BOTB ini ,En Nusi dan adiknya En Mat telahpun berjaya menepis gosip2 sebelum ini mengatakan Juara Kenyir tidak "sihat".GAYA LAWAN MEJA memang layak diberikan kepada BOTB ini.Disini SA sertakan video BOTB tersebut untuk tatapan peminat semua.

Pertandingan Di Dungun 18 Julai 2009.

Pada 18 Julai 2009 yang lepas SA dan beberapa org member telahpun bersama-sama turun ke Dungun bag menyertai pertandingan Kecantikan dan Keseniaan Ayam Serama yang dianjurkan Kelab Serama Dungun.Di pertandingan itu ramai juga otai2 serama yang turun bagi memeriahkan lagi pertandingan dan memberi sokongan kepada Kelab Serama Dungun membuat pertandingan.Difahamkan lebih kurang 2++ penyertaan keseluruhan ayam yang menyertai pertandingan tersebut.TAHNIAH!!!! Kelab serama Dungun.SA harap Kelab Serama Dungun akan lebih kerap lagi menganjurkan pertandingan disana.Insyaallah.
Selain itu,alhamdullilah SA memperolehi kejayaan dengan mengondol tempat ketiga dan ketujuh kategori serama Muda dan juga tempat ketiga kategori Serama anak A hasil dari reban SERAMA DE AMPANG.syukur alhamdullilah.Dengan kejayaan ini SA akan terus berusaha untuk menghasilkan lebih banyak produk yang berkualiti lagi supaya dapat memeriahkan lagi dunia serama.Dikesempatan ini SA ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kejayaan ini terutama kepada En Mat Forest,En Yusri King dan En Rahman dari Melaka yang selama ini tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan dalam proses "bred" yang dijalan di reban SERAMA DE AMPANG.

Ikhlas dari SERAMA DE AMPANG.

Monday, June 29, 2009

Best Of The Best Bangi 27 Jun 2009

Ini adalah gambar raja serama untuk Pertandingan Kecantikan dan Kesenian Ayam Serama di Bangi pada 27 Jun 2009 yang lalu.Gaya dan pacakan Botb ini membuatkan hadirin terpesona.

Pertandingan di Bangi (27 Jun 2009)-anjuran Lawi Emas

Pada 27 Jun 2009 yang lalu,Kelab Lawi emas telahpun berjaya sekali lagi untuk menganjurkan pertandingan Kecantikan dan kesenian Ayam Serama terbuka Selangor& Kuala Lumpur.Pertandingan kali ini merupakan yang terbesar di kawasan lembah kelang dengan jumlah penyertaan sebanyak 362 ekor(Induk -29 ekor anak a -46 ekor anak B - 43 ekor ayam A-49 ekor remaja -54 ekor muda-54 ekor abs-49 ekor dan ayam B- 29 ekor.)Insyaallah byk lagi pertandingan-pertandingan akan diatur di lembah Klang supaya tsunami Ayam Serama telah melanda Lembah Klang.Disini disertakan sedikit gambar-gambar semasa pertandingan.

Sunday, June 21, 2009

Jongkong Mas




Gaya mengebas "lawan meja",tarik selam sehingga nak terbalik adalah identiti Jongkong mas.Kategori anak B ke remaja.Baka dari darah yang terpilih.Abg Jongkong mas,pernah mengungguli BOTB di Kedah.

Sri Jebat(Telah berpindah milik -member KL)


Baru nak start galak.Telahpun mula mempamerkan gaya tarik selam dan mengebas"Lawan meja".Cuma ekor shj belum siap.Insyallah akan muncul di arena serama.

Wednesday, June 10, 2009

Reban Serama De Ampang

Ini lah reban dimana Serama De Ampang meletakkan koleksi-koleksinya yang tidak seberapa itu.