Monday, August 23, 2010

HIJAU......Anak Black Marine.


Salam Ramadan,
Alhamdullilah pada 02 Julai 2010 tetasnya 3 ekor anak Black Marine seekor Jantan dan 2 Betina.Hari demi hari perhatian diberikan,baru 2-3hari kebelakangan ini "HIJAU" mula menunjukkan potensinya di atas meja...tapi tak tahulah..perjalanan "HIJAU" masih jauh...Sebab saya namakan anak black marine ini "HIJAU" kerana kakinya yang satu set hijau pekat..mungkin diwarisi dari atuk dan bapaknya yang ada darah yang baik...Saya paparkan untuk kongsi bersama dengan peminat-peminat semua.Tapi saya kaburkan gmbrnya sehingga dia muncul di arena lepas raya nanti hehehehhehe..insyallah.

Ibu "Hijau" buat masa ini sedang mengeram semula 5 biji telur...insyallah jika ada rezeki adik beradik "HIJAU" akan lahir lagi..sama-sama kita tunggu...

salam dri SA.

Wednesday, August 11, 2010

Bertemu Ramadhan Kembali 1431H

Assalammualaikum....
Segagah apapun diri,
bukanlah pahlawan jika nafsu tak dapat dilawan.
Setinggi apapun derajat,
bukanlah mulia jika tak ada iman di dada.
Setinggi langitpun ilmu,
bukanlah bijaksana jika tak diamal dan diguna.
Sealim apapun akhlak,
bukanlah ulama jika takabur dan riyak.

Selamat menyambut Ramadhan..sahabatku sekalian.

Ikhlas Dari SeramaDeAmpang

SeramaDeAmpang akan muncul kembali di arena serama....selepas Hari Raya Aidilfitri..Insyaallah..

Sunday, June 20, 2010

Pertandingan Serama BON Besar Kuala Lumpur 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu SA ingin mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk update blog ini kerana terlalu sibuk dgn tugasan harian(out station) dan beberapa projek yang SA sedang jalankan.Oleh yang demikian ingin SA umumkan bahawa pertandingan Serama BON Besar yang akan diadakan di Kuala Lumpur 2010 akan diberitahu kemudian(tarikh).Persetujuanini dicapai hasil permuafakatan penganjur/peminat di sebelah pantai barat.Memandangkan ini adalah BON paling besar....rasanyalah,perancangan dan penelitian secara rapi mesti dilakukan.SA dan team juga tidak mahu melihat ada pertindihan tarikh pertandingan supaya ianya dapat dijalankan dgn lancar.

sekian,terima kasih.

SA...

Monday, May 24, 2010

Sirip Yu.....sedang diperhatikan.


Salam,
Kepada semua,SA pamerkan Sirip Yu yang sedang SA perhatikan.Cadang nak masuk dalam bon 29 May nie.Tapi ekor tak cukup lagi..Tapi test jer..laaa.

-SA-

Wednesday, May 19, 2010

Pengumuman Pertandingan Kecantikan Dan Kesenian Ayam Serama Di Ampang/Pandan 2010 - 29 May 2010


Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Di Jemput kepada semua peminat2 ayam serama di Kuala Lumpur,Selangor,N9,Johor,Kedah,Perlis,Penang khasnya dan seluruh Malaysia amnya ke Pertandingan Kecantikan Dan Kesenian Ayam Serama Daerah Ampang/Pandan 2010 seperti dibawah:

Anjuran : GPSK Dgn Kerjasama Persatuan Penjaja Kompleks Muhibah,Kg Pandan.
Tarikh : 29 May 2010 (sabtu)
Tempat : Kompleks Muhibah Kg Pandan.
Masa : 0900hrs-selesai ( 0900hrs -pengadilan bermula)Tutup pendaftaran 01:30tghari.
Yuran : RM35.00

Pengadil : GPSK & Kelantan
Hadiah : 1 - RM200.00
2 - RM150.00
3 - RM100.00
saguhati (30% penyertaan)-Barangan elektrik.
Cabutan Bertuah:Hamper dan brg elekrtik dan lain-lain

* Jika penyertaan mencecah 250 ekor bonanza RM250.00 menanti anda.

Best Of The best - Plag ataupun Piala.
Sebarang masalah ataupun sesat nanti....he.hee
sila hubungi
Hairy 013-3949704
Adham 0123434979
Wan Semenyih 012-9048264
Mie arab 012-2796260
Abg Soib 019-2859869
Mat Yee 012-2783768
Azahari puchong 0192677862


SeramaDeAmpang....hairy KL

Monday, May 10, 2010

Sri Baroh-Sedang Beraksi-Johan Remaja Di Melaka.


Salam sejahtera,
Inilah dia gmbr kabur dalam terang Sri baroh yang di"posting" sebelum ini....Sungguh tak disangka... Sri Baroh menceriakan SA dengan aksinya pada pertandingan di Melaka minggu lepas lepas.Sri Baroh telahpun berjaya menjadi Johan bagi kategori serama remaja.Aksi mengebas dan berjalan bak kuda membuatkan peminat-peminat serama tika itu terpesona.Insyaallah jika ada kelapangan Sri baroh akan turun ke Kedah pada pertandingan yang akan diadakan.

-SA-

Thursday, May 6, 2010

Sri Baroh...


Salam,
Rasa lama sungguh tidak bercoret dalam blog SA ini,sibuk dgn tugasan harian dan outstation yang tidak dapat dielakkan.Dengan kelapangan masa ini,ingin SA paparkan dalam kabur barang terbaru diberi nama Sri Baroh di reban SA untuk persiapan masuk ke pertandingan akan datang.Kalau dilihat daripada perangai dan gaya buat masa sekarang boleh dibawa masuk pertandingan nampaknya...he..hee...insyaallah kalau ada kelapangan masa nanti SA akan cuba tgk potensi Sri Baroh di Melaka 9 May 2010 nanti.

-SA-