Tuesday, October 27, 2009

REMAJA JOHAN TERENGGANU 10 OCT 2009

Salam sejahtera,
Terlebih dahulu SA ingin memohon maaf kerana telah lama tidak menulis dan menyatakan perkembangan reban SA.Al-maklumlah sibuk dgn kerja harian.Namun untuk makluman semua pada 10 Okt 2009 yang lalu SA telahpun berkesempatan untuk hadir ke pertandingan di Kuala Terengganu.Bawa barang-barang belunjur je dari reban SA dan ingin mencuba nasib dgn seekor remaja yang baru SA beli dari Abg halim Kemboja 2 minggu sebelum pertandingan.Alhamdullilah remaja ini telahpun menjadi Johan pada pertandingan tersebut.Gaya kebas dan tarik selam dia telahpun berjaya memukau pengadil sehingga diumum Johan remaja pada pertandingan tersebut. Selain itu,hasil sendiri dari reban SA juga tidak mengecewakan dgn mendapat tempat ke-2 anak A dan ke-3 anak B,alhamdullilah.



sekian,dari
Seramadeampang....

Monday, September 21, 2009

Salam Aidilfitri dari SA

Assalamamualaikum...sahabat2 seramaku.

Lisan kadang2 tak terjaga..Janji kadang-kadang tidak tertunai..hati kadang-kadang berprasangka..Ckp kadang2 menyakitkan.Hidup ini menjadi indah jika ada kemaafan.Justeru dikesempatan ini SA ingin menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf diatas segalanya dan halalkan termakan dan terminum selama SA didalam dunia serama ini...Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...Insyaallah...

Dan Jgn lupa pertandingan di Kuala Terengganu pada 10 Oct 2009 ini..Kepada peminat-peminat semua bolehlah melepaskan rindu setelah hampir dua bulan dunia serama sunyi seketika...

Wassalam..

SeramaDeAmpang..

Tuesday, August 25, 2009

Selamat Berpuasa

Salam,
Pengunjung blog Serama de Ampang semua,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan -"Ya Allah, tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:-

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
2) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu, dengan ikhlasnya, saya & keluarga ingin memohon maaf jika kami ada berbuat kesalahan dan kesilapan, samada sengaja ataupun tidak sengaja.
Harap dimaafkan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa kali ini dengan sempurna.
Selamat menjalani ibadah berpuasa. Mudah-mudahan mendapat rahmat dan diberkati Allah s.w.t. sepanjang masa.
"ahlan wa sahlan ya Ramadhan.." Wassalam

Wednesday, August 12, 2009

Jongkong Mas terkini-Muda



SA juga ingin pamerkan Jongkong Mas terkini(muda) dan ianya kini makin berbisa diatas meja.Gambar anak B sebelum ini SA pernah uploadkan dalam sesi blog yang lepas.Insyaallah J.mas akan muncul di arena serama.Baka asal jongkong Mas adalah daripada kacukan darah terpilih dari reban abg mat forest (dungun).

Taming Mas-Produk baru Dari SA




Salam,semua disini SA ingin berkongsi gambar produk baru -Taming Mas(tidak lah baru sangat/No.3 di Bon dungun anak A) tapi sekarang dah masuk anak B /remaja yang masih "belunjur"untuk tontonan umum di serama de ampang...:)

Sunday, July 19, 2009

BOTB Dungun - 18 Julai 2009

SA ingin mengucapakan tahniah kepada En Nusi dan adiknya En Mat dari Dungun dengan kejayaan memenangi BOTB pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Serama Dungun tempoh hari.Gaya,kesenian dan aksi yang diperagakan oleh BOTB tersebut sungguh mempersona dan memukau semasa beraksi diatas meja.Dengan BOTB ini ,En Nusi dan adiknya En Mat telahpun berjaya menepis gosip2 sebelum ini mengatakan Juara Kenyir tidak "sihat".GAYA LAWAN MEJA memang layak diberikan kepada BOTB ini.Disini SA sertakan video BOTB tersebut untuk tatapan peminat semua.

Pertandingan Di Dungun 18 Julai 2009.

Pada 18 Julai 2009 yang lepas SA dan beberapa org member telahpun bersama-sama turun ke Dungun bag menyertai pertandingan Kecantikan dan Keseniaan Ayam Serama yang dianjurkan Kelab Serama Dungun.Di pertandingan itu ramai juga otai2 serama yang turun bagi memeriahkan lagi pertandingan dan memberi sokongan kepada Kelab Serama Dungun membuat pertandingan.Difahamkan lebih kurang 2++ penyertaan keseluruhan ayam yang menyertai pertandingan tersebut.TAHNIAH!!!! Kelab serama Dungun.SA harap Kelab Serama Dungun akan lebih kerap lagi menganjurkan pertandingan disana.Insyaallah.
Selain itu,alhamdullilah SA memperolehi kejayaan dengan mengondol tempat ketiga dan ketujuh kategori serama Muda dan juga tempat ketiga kategori Serama anak A hasil dari reban SERAMA DE AMPANG.syukur alhamdullilah.Dengan kejayaan ini SA akan terus berusaha untuk menghasilkan lebih banyak produk yang berkualiti lagi supaya dapat memeriahkan lagi dunia serama.Dikesempatan ini SA ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kejayaan ini terutama kepada En Mat Forest,En Yusri King dan En Rahman dari Melaka yang selama ini tidak jemu-jemu memberikan nasihat dan panduan dalam proses "bred" yang dijalan di reban SERAMA DE AMPANG.

Ikhlas dari SERAMA DE AMPANG.